1 Rabi’ul Awwal 1439H

Tanggal 1 Rabi’ul Awwal 1439H, MDS Media Radio ditubuhkan. Inspirasi daripada radio-radio tempatan berkonsepkan Islamik Kontemporari. Buat masa ini kami hanya ke udara secara atas talian sahaja memandangkan kebanyakan kita sekarang ini internet adalah salah satu medium yang terpenting dalam kehidupan kini. Kami mengambil peluang ini dengan menyampaikan dakwah baginda Nabi kepada pendengar-pendengar yang sering menggunakan internet seharian terutama sekali pekerja di pejabat, di dalam kenderaan atau di mana-mana sahaja yang mempunyai rangkaian internet.

MDS Media Radio juga menyediakan video-video ceramah agama dari tempat berlangsungnya majlis secara live melalui laman Facebook kami. Anda dijemput untuk Like page kami dan kongsikan video-video yang kami sediakan.