7 Amalan Mengatasi Hutang


Assalaamu’alaikum para pendengar Radio MDS Media di laman Facebook. Artikel kali ini adalah berupa amalan-amalan para ulama’ untuk mengatasi masalah hutang. Tiada apay yang dapat mengatasinya melainkan dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala. Berikut adalah antara amalan-amalan yang boleh dilakukan secara istiqomah.

1. Taubat Nasuha
Yang perlu pertama kali kita lakukan adalah memperbaiki diri. Jangan-jangan kita punya banyak dosa. Cuba ingat-ingat bagaimana hubungan kita dengan orang tua, mentua. Coba ingat-ingat pernahkan kita dekat dengan larangan Allah SWT, pernahkah menyakiti sesama manusia atau makhluk hidup lain.

Jika ya, segera minta maaf pada yang kita sakiti. Jika pada orang tua, cubalah minta maaf dan mohon keredhaan mereka. Setelah itu ambil air wudhu, solat sunnat 2 rakaat dan istighfar sebanyak-banyaknya. Berjanji untuk tidak mengulangi dosa-dosa tersebut.

2. Perbanyakkan berpuasa
Cuba mulai dengan 3 hari di setiap bulan. Jika kita sudah mampu lebih cuba dengan puasa sunat Isnin dan Khamis.

Puasa akan membakar nafsu kita sehingga fikiran lebih jernih untuk ibadah mahupun kerja keras buat membayar hutang.

3. Silaturahmi
Cubalah untuk mendatangi sahabat atau keluarga jauh Anda. Sambunglah lagi persaudaraan. Jangan berharap macam-macam, insya Allah jika mereka terketuk, mereka boleh membantu kita untuk mengatasi masalah-masalah hutang kita.

4. Berbuat baik dengan tenaga dan fikiran
Seharusnya memang sedekah, namun bagaimana hendak sedekah jika duit pun tak ada? Sedekahlah dengan tenaga dan fikiran kita. Mulailah dengan wajah cerah dan penuh senyum. Bantu sebaik mungkin tetangga yang kesulitan.

5. Solat hajat
Ini adalah amalan dari Al-Habib Naufal bin Muhammad Alaydrus, Solo, beliau mengajarkan jika terjadi masalah dalam hidup untuk sholat hajat. Caranya:

5.1. Malam hari, waktunya boleh bila-bila sahaja yang penting sudah solat Isyak dan ba’diyah Isyak. Cari tempat yang sepi, tidak terganggu siapapun.
5.2. Solat hajat 2 rakaat, rakaat pertama baca surah Al-kafirun, rakaat kedua surah Al-ikhlas.
5.3. Selesai solat, duduklah dengan tenang dan baca “Hasbunalloh wa ni’mal wakiil” sebanyak 450 kali. Maknanya: “Cukuplah Allah sebagi penolong”.
5.4. Selesai baca, berdoalah pada Allah dengan menangis.
5.5. Lakukan ini sampai 7 malam berturut-turut tidak boleh terputus. Jika terputus, ulangi sebagai hari pertama.

6. Langsai hutang kita juga
Kita mengharapkan untuk melunaskan hutang kita tetapi pada masa yang sama kita tidak mahu untuk melangsaikan hutang kita. Maksudnya jika kita mahu langsaikan hutang sudah tentu kita berdoa agar rezeki kita dimurahkan setiap hari namun kita terlupa juga untuk dimurahkan rezeki itu salah satu nya kita langsaikan hutang kita dengan saudara, kawan atau sesiapa sahaja.

7. Baca amalan berikut
Doa yang diajarkan Rasullullah SAW:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ، وَالعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَالجُبْنِ وَالبُخْلِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegalauan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kepengecutan dan kekikiran, belitan hutang dan penindasan orang.” (HR. Bukhari)

InsyaAllah kami doakan moga-moga seseiapa sahaja yang mengikut amalan ini dengan istiqomah terlunas hutang-hutang mereka. Amin.