Live & Exclusive Bersama Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

Buat pertama kalinya konti MDS Media Radio dihadiri oleh Al-Fadhil Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari setelah 2 bulan memulakan operasi sebagai radio Islami yang pertama di Negeri Sarawak. Kami amat berbesar hati dan amat mengalu-alukan Al-Fadhil Ustaz untuk menziarahi kami di MDS Media ini. Program Tazkirah Khas akan berlangsung pada 6 Januari 2018 yang akan bermula pada jam 2.30 petang hari Sabtu akan kami bawakan khas secara langsung melalui Facebook GOLive dan seperti biasa juga melalui radio online kami.

Sehubungan itu kami amat mengalu-alukan para pendengar kami dan pencinta ilmu untuk turut serta dalam mendengar dan melihat sendiri secara langsung melalui Facebook GOLive pada hari tersebut. Kami juga menyeru kepada pendengar kami supaya kongsi maklumat yang telah kami sediakan di Facebook rasmi kami.

Akhir kalam, kami menyeru untuk terus menyokong usaha kami yang kecil ini supaya istiqamah dalam perjuangan dan kita sama-sama doakan moga kita semua diredhai Allah ﷻ. Ameen.

Sekian. Wassalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.