Projek Infaq Dana Pembangunan RM 1 Seorang


Projek Infaq Dana Pembangunan RM 1 setiap seorang untuk Pusat Pengajian Tafaqquh Dan Tahfiz Al-Makki Kota Samarahan, Sarawak adalah inisiatif bagi setiap orang awam melaburkan saham akhirat masing-masing. Walaupun jumlah yang agak kecil namun ia amat bermakna buat anak-anak kita nanti sekiranya ingin belajar tentang kefahaman agama atau menghafaz Al-Quran. Projek Infaq Dana Pembangunan RM 1 ini akan disalurkan terus ke akaun Pusat Pengajian Tafaqquh Dan Tahfiz Al-Makki melalui akaun Bank Muamalat : 110-1000-1989-7-18. Sekiranya tuan-tuan ingin menyumbang lebih amatlah dialu-alukan. Tiada larangan untuk berbuat demikian.

Maka tiada alasan lagi untuk kita katakan tidak mampu kerana dengan hanya RM 1 anda telahpun membantu menyebarkan agama Allah di dunia ini. Kami doakan moga-moga tuan-tuan yang sanggup korban di jalan Allah dengan cara ini kehidupan tuan-tuan diberkati dan dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala. Amin.

Pembiayaan Operasi