Kaifiat Solat Gerhana Bulan 2018

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sukacita dimaklumkan bahawa fenomena GERHANA BULAN PENUH (100%) akan berlaku pada hari Rabu malam Khamis, (14 malam 15 Jamadil Awwal 1439H ) bersamaan 31 Januari 2018. Sehubungan itu, Solat Sunat Gerhana Bulan akan bermula pada jam 9:33 malam.

Berikut adalah Kaifiat Solat Gerhana Bulan :

Rakaat Pertama

Lafaz niat :
1. Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua raka’at menjadi Imam/ Makmum kerana Allah Ta’ala.

2. Takbiratul Ihram (serta niat)

3. Membaca doa Iftitah

4. Membaca surah al-Fatihah

5. Membaca surah al-Kafirun

6. Ruku’

7. I’ktidal

8. Membaca surah al-Fatihah

9. Membaca surah al-Ikhlas

10. Ruku’

11. Iktidal

12. Sujud

13. Duduk antara dua sujud

14. Sujud kedua

Rakaat Kedua :

15. Membaca surah al-Fatihah

16. Membaca surah al-Falaq

17. Ruku’

18. Iktidal

19. Membaca surah al-Fatihah

20. Membaca surah an-Nas

21. Ruku’

22. Iktidal

23. Sujud

24. Duduk antara dua sujud

25.Sujud kedua

26. Duduk tahiyat akhir

27. Memberi salam.

* Selepas itu Khatib akan membacakan Khutbah

* Memperbanyakkan Istighfar

* Hendaklah dilakukan solat gerhana bulan apabila berlakunya gerhana dan tamat masa solat gerhana setelah hilang gerhana dari pandangan.

* Hukum mengerjakannya SUNAT MUAKKAD dan SUNAT dikerjakan dengan cara berjemaah.

* Dibacakan “Assolatul Jamiah” sebagai ganti Iqamah.

Sumber : Petikan daripada buku panduan Solat Gerhana Bulan
Jabatan Agama Islam Negeri Johor

MAKLUMAT GERHANA BULAN PENUH :

Detik – detik Gerhana Bulan penuh :

7:50 Petang       :       Bulan mula memasuki bayang gelap bumi

8:22 Malam        :       Gerhana bulan dengan kadar 50%

8:53 Malam        :       Gerhana bulan dengan kadar 100%

9:33 Malam        :        Kemuncak gerhana bulan penuh

10:28 Malam      :        Bulan mula keluar dari bayang gelap bumi

11:10 Malam      :        Bulan telah keluar sepenuhnya dari bayang gelap bumi

Sumber : Pejabat Mufti Negeri Johor.