Kemaskini Aplikasi Terbaru

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kami amat mengalu-alukan kepada pendengar untuk mengemaskini aplikasi Android MDS Media Radio terbaru yang terdapat di dalam Google Playstore.

Kami mengucapkan terima kasih kepada pendengar setia kami yang terus menerus mendengarkan kami secara online melalui Aplikasi ini. Kami juga akan terus memberikan khidmat yang terbaik kepada pendengar kami tidak kira di mana juga anda berada.

Kami mohon maaf atas sekiranya terdapat kekurangan dalam kami menyampaikan Mahabbah Rasul. Diharap para pendengar kami terus setia bersama kami di masa akan datang.

Sekiranya terdapat cadangan daripada pihak anda boleh hubungi kami langsung melalui Facebook MDS Media dan kami akan pertimbangkan untuk menaik taraf perkhidmatan kami.

Akhir kalam kami mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2018 kepada muslimin dan muslimat, pendengar setia kami tidak kira di mana anda berada. Dengarkan kami melalui aplikasi Android (DOWNLOAD DI SINI http://bit.ly/2BqIGit) Like page kami MDS Media dan share video-video yang telah kami sediakan moga-moga bermanfaat.

Sekian. Terima kasih.

 

Pengarah Multimedia

Awang Fairuladly Bin Awang Abdullah.