Konti Di Luar

Assalaamu’alaikum.

Pada 27 Januari 2018 kami diberi peluang untuk bersiaran secara langsung di Waterfront, Kuching Sarawak sempena Majlis Agenda DBKU 2018 yang bertempat di Sqaure Tower, Waterfront Kuching, Sarawak. Majlis yang berlangsung bermula pada hari Jumaat 26 Januari 2018 dengan menampilkan Ceramah Perdana Bersama Datuk Ustaz Kazim Elias selepas Isyak. Kami juga menyediakan Livestream di Facebook MDS Media. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar.

Program Ceramah Perdana Bersama Datuk Ustaz Kazim Elias Sempena Majlis Agenda DBKU 2018 di Square Tower, Waterfront Kuching Sarawak.#MA2018 #SayangiKuching #SayangiKCH #ILoveKuching #KuchingNorthCityHall #DewanBandarayaKuchingUtara #DBKU #BandarayaKU #CleanBeautifulAndSafe #CBS #CityWithASoul #BandarayaPerpaduan #CityOfUnity #Kuching #CatCity #Sarawak #Malaysia #sfc #ChintaAyu

Posted by MDS Media on Friday, 26 January 2018

Keesokan harinya kami membuat siaran langsung radio dari tapak Majlis Agenda DBKU 2018 terus sehingga hari Ahad 28 Januari 2018. Banyak pengalaman yang kami dapat. Alhamdulillah mendapat sambutan yang amat menggalakkan disamping mengeratkan ukhwah antara muslimin dan muslimat. Kami juga memberi hadiah kepada yang hadir ke booth kami dan sempat ditemubual bersama-sama dan berkenalan.

Syukur Alhamdulillah kami diberikan peluang untuk mendapatkan tempat di Majlis Agenda DBKU 2018 dan ini adalah sedikit gambar yang sempat kami rakam. Untuk lebih banyak lagi gambar-gambar boleh ke Facebook kami.


Terima kasih.