Lagu Top Di Radio MDS Media

Assalaamu’alaikum buat para pendengar MDS Media Radio. Minggu tok Admin nak kongsikan lagu yang top “request” daripada pendengar yang setia di sisi MDS Media Radio. Banyak pengisian yang diperolehi dariapda MDS Media Radio yang menyampaikan risalah-risalah ajaran daripada Nabi S.A.W. serta Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kali tok Admin nak kongsikan sikit lagu yang mendapat tempat di hati pendengar Radio MDS Media dan mendapat pujian daripada pendengar.

Haaaa..tok lah on top list daripada pendengar MDS Media Radio dan mendapat pujian daripada para pendengar yang boleh menggetarkan jiwa sidak bila dengar bait-bait lirik yang mempunyai ‘roh’. Wildaniey – Laskar Cinta. Bukan Dewa 19 – Laskar Cinta ok.


Tok adalah kumpulan nasyid tempatan yang berasal dari Kuching, Sarawak. Lately sidak dah keluarkan single terbaru bernama Laskar Cinta hasil ciptaan sahabat Admin, Kay Are dan liriknya ditulis juga oleh sahabat Admin, Ustaz Kyrel Al-Gayauwi dari Sebuyau, Sarawak. Kitak orang yang nak dengar single terbaru daripada kumpulan Wildaniey tok boleh ke youtube dan carik “Wildaniey – Laskar Cinta”.
Cakap banyak pun sik guna juaklah. Admin payong terus.


Sedikit ringkasan mengenai Kumpulan Wildaniey “Voice Via Heart”

Wildaniey telah ditubuhkan pada tahun 1998. Wildaniey dgn seramai 4 org anak watan negeri sarawak terus bergiat aktif dlm seni dakwah melalui Lagu2 Nasyid dan Alunan Qasidah. Wildaniey juga pernah dikenali sebagai Kumpulan Unison yang pada ketika itu kami telah bernaung di bawah Zanzibar Media untuk album yang pertama, namun rezeki tidak memihak kepada kami utk melangsungkan niat murni itu dan akhirnya kami sepakat utk menggunakan nama Wildaniey semula untuk meneruskan perjuangan dakwah murni ini. Selain drpd itu Wildaniey juga bergiat aktif di pentas Festival Nasyid Negeri sebagai jemputan mahupun peserta dan Alhamdulillah pada tahun 2017 Wildaniey (WiLdaN) telah dinobatkan sebagai Johan Festival Lagu2 Dakwah Peringkat Negeri Sarawak. Wildaniey pernah membuat persembahan bagi Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan yang mana pada ketika itu Negeri Sarawak sebagai tuan rumah, sebagai artis jemputan utk persembahan di pentas utama Sure Heboh di Stadium Negeri Sarawak anjuran TV3, menjadi artis jemputan untuk bergandingan dgn Kumpulan Wali Band anjuran PERKIM di Stadium Tertutup Negeri Sarawak selain drpd itu Wildaniey juga pernah digandingkan bersama kump2 nasyid terkemuka tanah air seperti Raihan, Hijjaz, Rabbani, Inteam, Diwani, Mawaddah dan banyak lagi kump2 Nasyid tanah air sepanjang mereka membuat persembahan di Sarawak amnya, Kuching khasnya. Wildaniey juga seringkali diundang bagi menjayakan program2 keagamaan dan program2 rasmi anjuran pelbagai pihak seluruh negeri Sarawak serta jemputan bagi sama2 memeriahkan majlis2 perkahwinan di seluruh negeri Sarawak. Wildaniey juga turut aktif di dalam persembahan Qasidah dan Bacaan Maulid. Wildaniey telah mempunyai beberapa buah lagu sendiri di antaranya seperti Laskar Cinta (Lagu Baru), Kesyukuran, Percikan Cinta, Kau Di Hatiku, Jabal Uhud, Pengorbananmu, Humaira’ dan bnyk lagi bagi sama2 mengimarahkan dunia dakwah tanah air. Wildaniey sekarang ini bukan sahaja mengetengahkan irama nasyid kontemporari sebagai wadah halwa pendengar, Wildaniey juga turut mengetengahkan alunan Qasidah, irama R&B, Pop, Balada, Etnik, Moden Festival, dan Tradisi Festival. Ianya adalah sebagai salah satu kaedah pendekatan yg mesra pendengar bagi setiap lapisan masyarakat di tanah air. Pada Wildaniey dakwah utk mengajak umat untuk terus mengingati Allah serta mencintai Rasul adalah suatu yang amat penting, kerana hanya Allah dan Rasul sahaja yang akan membantu kita di akhirat nanti. Adalah menjadi harapan Wildaniey agar semua penggiat nasyid dan seni dakwah tidak kira genre mahupun latar belakang untuk lebih bersatu hati bagi mengajak umat ke jalan Allah dan Rasul berpaksikan Ahli Sunnah Wal Jamaah. “We Love Rasul” Wildaniey Voice Via Heart.

Kami ucapkan semoga maju jaya buat kumpulan Wildaniey.