Sumber Inspirasi Harry Zulkifli

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.

Inilah kisah perjuangan seorang yang Allah beri faham pada usia muda daripada hanyut lebih jauh. Inilah yang kita harapkan daripada seorang yang berjuang melawan hawa nafsu tahap tertinggi dalam kehidupan. Allah bagi ujian terhadap beliau pada usia sebegini. Ada orang Allah bagi ujian yang pada pendapatnya ringan-ringan sahaja akan tetapi sesungguhnya dia ia adalah bentuk ujian yang berat baginya tanpa disedari. Ada orang yang rasanya tak diuji oleh Allah tetapi risau adakah Allah tidak memandangnya. Adakah Allah tidak menghiraukannya.

Inilah cerita yang dikongsikan oleh tetamu istimewa kita yang kita jemput hadir ke konti MDS Media Radio yang berlangsung semalam (31 Januari 2018) ditemuramah oleh Dj Nour Ummu Fudhail. Alhamdulillah apa yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.

Bersama Dj Nour Ummu Fudhail Dalam Segmen Inspirasi Dengan Tetamu Istimewa Tuan Harry Zulkifli yang Akan Berkongsi Pengalaman Beliau. Jangan Lupa Like Page Kami MDS Media Dan Kongsikan Video-Video Yang Telah Kami Sediakan.

Posted by MDS Media on Tuesday, 30 January 2018