Tapak Tinggalan Bi’ru Ha’

Madinah Al-Munawwarah.

Antara tempat yang jarang jemaah (dari Nusantara khususnya, tapi dari Hind ramai juga) yang datang ziarah ke madinah adalah tapak tinggalan Bi’ru Ha` yang mana dahulunya terletak di dalam kebun kurma kepunyaan Sayyidina Abu Thalhah رضي الله عنه.

Abu Talhah رضي الله عنه adalah salah seorang shahabat daripada kaum Anshar yang banyak hartanya di Madinah. Harta yang paling disayanginya ialah kebun yang menghala tepat ke masjid di mana terdapatnya Bi’ru Ha` . Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم selalu masuk ke kebun itu untuk minum air yang enak terdapat di situ.

Anas رضي الله عنه lagi: Ketika turun ayat:

لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبون

“Kamu sekali-kali tidak akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.”

Kemudian Abu Talhah رضي الله عنه datang menemui Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan menyatakan keinginannya untuk menginfaqkan kebun beliau itu. Di kebun berehat dan tidur. Dan diriwayatkan ada shahabiyah رضي الله عنها yang mengambil peluh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

Kini hanya tingga tanda di mana letaknya telaga tersebut. Yakni di dlm Masjid Nabawi. Di bhg belakang ..masuk pintu 21 Malik Fahd ..dan berada sebelah kiri antara 2 tiang ( tmpt kasut 1230 dan 1233).



Sumber: FB Ustaz Abu Zahrah Abdullah Thohir.