Tip Khusyuk Dalam Solat

Hatim Al-Asham ditanya, “Bagaimanakan keadaan solatmu?” Dia menjawab, “Jika waktu solat telah tiba, aku berwuduk dengan sempurna. Selepas itu aku berjalan ke temapt solat yang kuinginkan. Aku duduk di sana dan beruasha bersungguh-sungguh menumpukan seluruh anggota tubuhku untuk solat. Kemudian aku berdiri untuk solat. Aku letakkan Kaabah tepat dihadapanku, titian menuju neraka di bawah kedua telapak kakiku, syurga di kananku, neraka di kiriku, Malaikat pencabut nyawa di belakangku dan aku menganggap itulah solatku yang terakhir. Aku berdiri menghadapNya dengan perasaan harap dan takut. Kemudian aku mengucapkan takbir dengan penuh kesedaran, aku membaca ayat-ayat Quran dengan tartil. Ketika ruku’, aku merendahkan diriku di hadapan Allah. ketika sujud, aku melakukan dengan khusyuk. Ketika duduk tahiyyat awal, aku letakkan telapak kaki kiriku di bawah punggung dan aku tegakkan kaki kananku dengan bertumpu kepada ibu jariku. Aku kerjakan semua itu dengan ikhlas. Kemudian aku tidak tahu, adakah solatku diterima oleh Allah atau tidak?

– Keajaiban Firasat. Al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj Joll.